»

Wednesday, August 29, 2012

inikah dikatakan kontraksi?.. Part 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera. hampir 2minggu tak hapdate blog. biasa la kan busy dengan kehadiran orang baru ni dan sambutan hari raya yang tak berapa nak meriah tapi best sesangat. *ye la tu* 

16 Ogos 2012 lepas, aku didatangi sakit yang pelik. nak kata pelik tu tak la sangat, sebab dah rasa. sakit tu sama je macam senggugut tapi sakit dia lebih lagi. menarik-narik ke pinggang. bermula jam 9 pagi, time tu aku tengah chat dengan bff aku c Yon MWaillie. time tu aku cakap la kat dia tetiba jer aku rasa sakit semacam yang datang tanpa diundang. jadi, dia pun mengelabah la tak tentu pasal. aku cakap aku ok jer, sakit tu datang sekejap. dalam hati aku berkata-kata mungkin dah tiba masa kot. nak kena perhati sakit tu datang macam mana.

dahtu aku lepak la di ruang tamu, time tu rasa nak makan takde terus sebab masih sakit. aku bawa la tidur. mana tau sakit tu hilang. start pukul 1 tenghari jer aku rasa sakit lagi. dalam sejam ada la dalam 3-4 kali sakit. aku cakap kat mak aku, sakit macam orang senggugut tapi sakit lagi, sampai ke pinggang n takleh nk jalan sangat kalau sakit. mak aku pun cepat-cepat la masak air mana tau nak masuk hospital petang nanti

pukul 4, aku mesej hubby tanye dia kt mane,  time tu aku tak cakap aku sakit la, risau pulak nanti tak tentu pasal dia pecut balik rumah. dahla pakai motosikal. aku taknak pape jadi kat dia *sayang sangat* 
ok aku nak muntah. hahaha

pukul 4.30 hubby cakap dia otw nak balik, sebab time tu aku dah cakap kat dia aku sakit sangat takleh nak tahan. sampai jer hubby terus kita orang pecut ke hospital. siap bawak beg dan bekalan air panas lagi. tak lupa air selusuh yang dibuat oleh encik bapak. adik lelaki aku ikut skali mak suruh temankan. nanti senang sorang g teman aku naik atas, sorang lagi g carik parking.

sampai jer terus naik tingkat 4, LABOUR WARD ok! register punya register aku pun d periksa oleh doktor lelaki *OMG* ini la aku tak suka. tapi layankn aje. bersambung ke part 2..

Tuesday, August 14, 2012

Menghitung hari

Assalamualaikum 

bukak blog tengok kat ticker ada 2 hari lagi sampailah masa dan ketikanya baby dijangka lahir ke dunia ni. :) (insyaAllah) meaning to say usia kandungan aku dah mencecah 39minggu 5hari.

kedudukan bayi ketika 39minggu

Ehemmm!~
perkembangan hari ini? aku sihat-sihat jer. dah ada beberapa tanda, tapi masih lagi steady ni. berjalan-jalan sana sini di shopping mall dengan hubby, kemas-kemas rumah. memang tak boleh duduk diam laa. kalau hubby nak keluar, cepat jer mulut ni tanya nak g mana. dahtu nak ikut pulak. *mana boleh tinggal kan* =p 

mood minggu ni bahagia + sangat-sangat bersyukur, rezeki datang melimpah ruah umpama mutiara jatuh ke bumi *ok, ini tipu* syukur alhamdulillah atas berkat kesabaran menempuh pelbagai cabaran hidup hingga ke hari ini.

malam semalam niat hati keluar ikut hubby nak hantar pakcik ke Catfm, dahtu last minit plan pergi jugak kami berjalan-jalan d Satok. tengok-tengok barang. kemain lagi lama. tapi 1 jer barang yang kami bawak balik. hampehh. hahaha. hubby nak cari seluar untuk dia kerja. dah selesai shopping kami pun ke mcd. petang-petang lagi dah mesej ngan hubby cakap nak ice-cream coz tengok gambar kat blog budak nihh 
Mrs Airman Havit

tadaaa! sedap kann. sure terliur
hubby tak nak jadi kita pulun la ice cream tu sorang2. hikhiks. dahtu kami balik laaa. sekarang tepat jam 12pm. perut aku dah berkeroncong minta di isi. ok baby! ummi paham. jums makan. =p 
*xmalu betul, mentang xpuasa*


Monday, August 13, 2012

39weeks 4days

assalamualaikum and hyeeee sahabat-sahabat. *banyak la ko punya sahabat syakila. sah2 sorang jer yang baca blog kau* hahaha!

Baiklaaa. hari ni dah masuk minggu ke-39 dan 4 hari. aku masih lagi belum bersalin. sedap kot duduk dalam perut ummi dia ni. ehehe! gementar ada jugak rasa nye nih. maklumla kann, tak pernah berpengalaman sebegini sebelum ni.  kalau ikutkan hari mungkin hari ini last check up dengan KKIA sebab due date aku jumaat ni.  (insyaAllah, ummi doakan bby cepat la klua, sekarang pon boleh, ummi lagi suka) 
*mode : tasabar nak cium2 baby.

Check up tadi so far alhamdulillah nurse cakap semuanya ok, dah boleh bersalin dah.

URINE
GLUKOSE : -ve
ALBUMIN : -ve

nurse cakap air kencing bagus 
*yayy! kesan dari minum banyak air masak*

HB - 13 
(mula nya nurse check 16 *terperanjat aku* dahtu dia check lagi 13, haisss! bikin sakit dada itu nurse, nanti tak pasal-pasal kena refer ngan doktor)

BLOOD PRESSURE - 110/80
sangat bagus

KEDUDUKAN BAYI - CEPH (kepala di bawah)
JANTUNG BAYI - 135

masa dia tengah check jantung baby tuu, aku punya la nervous, mana tak nya, nurse tak jumpa-jumpa denyutan jantung. hampir 10minit gak la carik tak jumpa-jumpa, then dia dok tekan-tekan la perut aku, sampai aku mengaduh *sakit la tuh* pastu dia tanya la, baby aku hari ni ada gerak-gerak tak aku cakap la ada. time tunggu turn nk check dia gerak-gerak, siap bagi timbul-timbul kat tengah dada nih. nurse pun tukar la alat ultrasound tu dengan bilik sebelah pulak *aku dok sembang-sembang la ngan baby, ada laa baby buat tendang-tendang ckit* alhamdulillah lega hati aku.  Then nurse tu cakap alat tu dah takde bateri, cisssssssssssssssssssssssssssssssssssss!!  aku hampir nak putus nafas dah tadi. haiiiii. ada gak ek kes mcmni. 
-___________________________-"

k la tu saja luahan hati ini. semoga baby nak klua hari ini, esok or lusa.  Jangan bagi ummi overdue. tak nak induce la syg.

ya Allah permudahkan la proses bersalin aku nanti, ringankanlah sakitku, sesungguhnya Engkaulah penyembuh segala penyakit. aminnn


Wednesday, August 8, 2012

Tanda-tanda awal bersalin

Lagi 8hari lagi nak due date. Mungkin lagi awal, mungkin overdue. *Doktor dah pesan awal semalam, if 17 ogos belum deliver, tunggu 10hari then kalau belum jugak 27 ogos sila datang serah diri dengan pihak hospital* lagak doktor tu ala-ala polis la pulak. Aku ni umpama penjenayah yang tunggu masa nak kena hukum. Huwaaaaa!! *taknak induce*

Lepas ni mesti rindu dengan perut besar dan bulan ni.  Hubby cakap kalau rindu lepas pantang boleh la lagi. Alahhh. Yang ni pun belum keluar dah terfikir nak sorang lagi. Baek laa, anak itu rezeki, syakila sila berpijak di bumi yang nyata. Kalau pregnant lagi alhamdulillah, murah rezeki kami, tapi abah kena la tunggu yang sorang ni besar sikit. Kesian nanti tak cukup kasih sayang macam ummi dia ni. hikhiks!



ni gambar tengah preggy nak masuk 39 minggu

Semua orang tegur aku punya perut kecik, tak macam orang tunggu hari nak bsalin. Tak kesahla kawan-kawan, yang membawa nya aku, aku dan hubby lagi tau besar mana perut ku ini. *cehhhh!* kalau aku tengok perut sendiri, macam belum turun jer, tapi ramai yang cakap dah turun, siap main tekan lagi kat atas perut ni. Memang ada ruang. Baby dah turun la tu. Memang dah boleh bersalin dah. Kaki aku pun tak bengkak. Mungkin lain orang, lain pembawaan or tanda-tanda nak bersalin.

Bayi Turun Ke Bawah
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun ‘turun’ ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
  • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
  • sakit perut, memulas
  • kerap buang air besar
  • kerap terkentut
tanda yang pertama je tak rasa sangat . 4 tanda lagi tu je rasa . tambah-tambah kerap berak dengan kentut .

Keluar Lendir Pekat/Berdarah
Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu
dah rasa, 2hari yang lepas ada lendir turun. huhu

Rahim Mula Menipis.
Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.
yang ni belum lagi


Sakit Belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda. Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi. Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda. Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.
yang ni lately memangggg sakit.

Pecah Air Ketuban
Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.

Whatttt?.. 3KG

Assalamualaikum n hallo!~ 1st entry in August. Sorry lama tak menyempat nak update blog.  Bukan apa pun, ni semua sebab kes malas. Semakin membesar kandungan semakin la kuat rasa malas *macam hipotesis la pulak*

Kandungan hari ini berusia 38 minggu 6 hari. Meaning to say esok masuk 39 minggu. Semalam ada appointment di KKIA Jawa, scanning baby sama ada kepala dia dah turun bawah ke belum.  Syukur Alhamdulillah, kepala baby dah turun bawah. Dari segi pemerhatian sepanjang scanning nampak nya baby membesar dengan sihat. Alhamdulillah, suka pulak ummi tengok baby semalam.

At the same time masa nak scanning, aku pun mintak surat kat doktor, sebab planning nak ambik maternity leave dalam masa terdekat sebelum deliver.  *takde la kacau cuti rehat kan* ehehe. Doktor tu tegur la, kenapa lewat sangat nak ambik, dah dekat dah hari nak bersalin. Aku pun blur.  Pertanyaan doktor tu seolah-olah tiada jawapan. Dan akhir nya aku pun jawab, ingatkan tak nak cuti, tapi macam dah tak larat je nak duk office, walaupun takde la busy sangat.
*perasaan malas la nihh*

Masa scan pulak, doktor tunjuk muka, kaki, perut, tangan. Seronok gitu dapat tengok c kecil nih.  Last2 sekali doktor tunjuk dia punya muka. Takde la clear sangat tp boleh la nampak hidung dan mulut dia.

Dah selesai scanning aku pulak dok tanya kat doktor, macam mana doc?.. Kepala dekat mana? Dekat bawah dah. Dalam hati Alhamdulillah.  Then doktor cakap berat baby 3kg ye. Aku kemain tperanjat. *biar betul* Terus besarkan mata kat doktor tu. Aku pun tanya la lagi, 'tapi tu estimated jer kan?.. kalau keluar pun belum tentu 3kg kan?' doktor cakap 'aa'aah, estimated jer tu.' aku pun lega la. Tapi takde la lega sangat sebab asyik terfikir la. Kalau betul mcm mana? kalau tak? Urmm.. takpe la anak ummi. kira berat normal la tuh. Nanti keluar comel jer kan, pipi bambam gitu.

Balik rumah petang tu, pergi la story mory kat mak, dia cakap aku ni pantang tengok makanan, asyik nak makan jer, tu la baby besar. Sob..sob..sob.. Time iftar pulak aku control la tak nak makan nasi, just amik sayur-sayuran.  Dahtu tengah malam mengadu lapar kat hubby. *padan muka sendiri* akhirnya tidur dalam keadaan lapar. Risau pulak baby kat dalam.  Sahur pun ala kadar jer.  Jangan tak makan terus sudah laa. c u in next entry! *tu pun kalau rajin update* hihihi

Thursday, July 5, 2012

Check up 33weeks

Selasa, 3 Julai 2012 aku ada appointment di KKIA Gita.  Turun jam 0750am, sampai klinik pulak pukul 0800am.  Tengok-tengok penuh dah kerusi dalam klinik tu.  Then ternampak satu kerusi kosong terus aku sambar.  Dalam hati berkata-kata kalau dah ramai macam nie pukul berapa pulak nak datang office nanti, dah la Kak Kevin pun takde. hurmm. tawakal je laa. Dalam 10minit menunggu no. aku pulak yang dipanggil. Amboiiii! cepat nyerrrr!

Selalunyer sebelum masuk buat pemeriksaan dengan nurse, kena buang air kencing dalam botol. Aku dah ready siap-siap bawak dari rumah. Senang, kalau nak kencing kat klinik pulak lambat, dhtu toilet satu-satu tu je yang ada. hurmmm! borenggg!


Ujian + Pemeriksaan

ALB (Protein yang terdapat dalam air kencing): Neg
Kandungan Gula dalam badan : Neg
HB : *nurse cakap last 2weeks dh check so taperlu. (12.0gm)
Berat Badan ; 49.5kg *nurse bebel sebab naik 500g jer* (dalam hati naik jugak tu kan, bkn trn pon)
Tekanan darah : 110/60 *nurse cakap ok*
Edema (kembang kaki) : NIL
Tinggi rahim : 32cm
Kedudukan Presentasi : Ceph *normal, kepala bayi di bawah*
Jantung bayi : 147/min
Gerakan bayi : Aktif
 
 
Alhamdulillah, so far semua nya ok =) Mintak2 ok sampai deliver nanti. Aminnnn

Rezeki di Pagi Isnin

Isnin, jam 12.30 malam. Bola punya pasal laa, i have to set up alarm clock just to wake him up. Cehhh *skiping pulek dah* Aku ada la dengar bunyi alarm tu, tapi aku tak perasan pulak time dia siap-siap nak turun g ambik kawan die.  Dahtu die bangunkan aku die cakap die nak turun then salam cium dahi. ekekek! romantik gitu kann. hahaha. Aku sambung la tidur balik.

Then pagi tu pulak, pukul 5 my hubby sampai rumah.  Aku ada terdengar la, bunyi plastik. Aku malas nak angkat biar la. *sambung tidur sikit lagi* tak lame pastu aku bangun laa. Nak g mandi siap2 nak turun kerja. then aku perasan la ada benda asing dalam bilik. 
Aku tanya la hubby aku, *kacau die tidur jap* rupa nya kawan die yang dari Miri tu bagi.  Aisehh, anak belum keluar lagi dah bagi present. btw,

Thanks to Uncle Sudey and Aunty Gee for the gift. =)


Menyetimbot =p

Pada hari ahad yang lepas, kami plan nak buat steamboat.  Ingatkan buat waktu tengahari rupa-rupa nya petang. hikhik. Mak cakap tunggu suami kau balik kerja la. Betul jugak kan, takkan tak bawak laki aku sekali. hahaha! Petang tu kami prepare la ape yang patut. Marinate bahan-bahan yang ada. Ni lah antara bahan-bahan yang menjadi pilihan kami.




Kepah putih.
Rendam dengan air je, sebab baru datang dari laut.
Air laut kan masin jadi takyah susah2 nk bazirkan garam. hehehe




Sotong
Dah dibersihkan buang die punya dakwat hitam + tulang belakang
Perap dengan minyak bijan + garam



Udang yang belum kopek kulit (fresh gitu)
Letak minyak bijan + garam


Yang ni dah kopek kulit


Ayam



Ikan


Kami hanya perapkan semua bahan-bahan tersebut menggunakan minyak bijan dan garam.  Bila cium aroma minyak bijan aku terus lapa. Aiyoooo!~ Lapar giler nak tunggu.  Sementara tunggu bahan-bahan di perap, mak buat sea cucumber soap mengunakan ini


Sup ketam & Su'un!~ makanan dulo kala. heheh!



Sambal Kicap cecah


After 7, saat yang dinanti-nanti telah tiba! we are starting to steamboat. Yihaaaa!~ hahaha.



Periuk steamboat yang merah lagi menawan


Malas la aku nak rotate. hahaha

Really enjoy our dinner.  Tambahan pulak hubby kata layan lagi makan steamboat di rumah bbanding di luar. Haaaaa!~ kan dah cakap. hihihi.



Monday, July 2, 2012

Aktiviti di minggu terakhir bulan Jun

Terabai la blog nih seminggu. hehe! makin besar perut makin malas nak update. nie tengah nak update la ni. hehehe!!

Isnin lepas 25 Jun 2012, saya ada appointment scanning ngan doktor di Klinik Kerajaan. Nak tengok sama ada baby dan uri dalam keadaan yang betul ke tak.  Seawal jam 0730 dah berada di klinik. Takde la lama sangat nak tunggu sebab dapat no.5. ehehehe. Dalam hati time tu berdebar la jugak. Risau lak ada pape.  So far, alhamdulillah, doktor kata semua nya ok.  Ummi and baby sihat walafiat. Alhamdulillah.  Tengah2 doktor dok scan baby, suddenly doktor said 'ada telur'.  Dats mean our baby isssssssssss??!! 




Saya bagaikan tak percaya. (aisehhh, gempak la word kau syakila) hahaha!! coz naluri hati seorang ibu tak menipu.  Memang tepat sangkaan saya selama ini (hurmm, baik laa ayt tablehblah) then pstu kami g la breakfast d Kopi O Corner. Pastu balik rumah.

Selasa, 26 Jun 2012, dah start turun kerja.  Mode malas giler time tuh. Nak tak nak terpaksa jugak. Malam lak plan tak keluar ke mana-mana.  Sekali hubby cakap dia nak minum Milkshake.  Usually kami slalu beli dari kawan dia. Umar, tapi kedai tutup sebab moto takde knk pinjam pencuri tu la kedai tak bukak. Gila punya pencuri, tapi takpe, makin btambah la rezeki dia pasni. Aminnnn.

Jadi kami pun ke Pullman, sebab si Umar cakap kat situ ada gak Milkshake sedap. Carik punya carik takde pulak. Dahtu kami pun ke mcd, ingatkan nak beli Mcflurry horlick, rupa nya dah abis tempoh penjualan. Then hubby pun ajak la balik. Saya cadangkan pergi Secret Recipe. Kat sane pun ada gak milkshake. hubby pun setuju. dalam hati gembira sebab dapat makan kek cheese. hehehe

nie la aksi-aksi yang sempat disnap.

menanti order

Sherperd Pie

White Chocolate Macademia

Dapnyerrrr!~

dalam jam 10 kami pun berangkat pulang.  dalam perjalanan balik pulak ternampak pasangan yang dh berusia. tengok tuu!~ romantik kann. best nyerrrr. hopefully kite pun jadi cmtu jugak ek. Aminnnnn.


Cukup sampai di sini jer cita untuk minggu lepas. Malas dah nak menaip lagi. Im soooooooo damn sleepy.  Nak cakap tidur lewat tak pulak.  Mungkin letih kot. Tak cukup rehat bak kate nurse pagi tadi. K la tata!~




Sunday, June 17, 2012

Quality time with Mr. Hubby

Minggu lepas, hubby janji nak g jenjalan ari sabtu 16.06.2012 + seeking barang baby yang masih belum complete.  Seawal jam 9.30 setelah hubby g bukak kedai *carwash dia* kami pun menempuh jalanraya dengan penuh megah *megah la sangat*.  Singgah sebentar di Kopi O Corner having breakfast.

Pastu kami mulakan perjalanan di India Street, pasar india yang terkenal dengan rempah ratus + kain pasang + tudung.  Antara barang-barang yang dicari ialah:


Changing Mat (Tikar getah)

Kain Lampin

Set Mandian Baby

*terbeli pulak sepasang lagi baju + topi






Malam pulak kami dinner di Sharing Planet.  Tempat memang tersembunyi, tapi view memang mantap laa. 

Nie time bulan Puasa last year =)

Spagethi Carbonara
 Chicken Cordo Blue
Banana Smootie

*tak sempat ambik gambar sebab dah lapar sangat

Warkah Cinta Bertulis : really enjoy my day with him pastu ada pulak peristiwa hitam yang blaku.  Malas nk story.  Diamkan ajee. Hahah. k Assalamualaikum, bai

Saturday, June 16, 2012

Checklist

Ni lah checklist persiapan menyambut kelahiran anak kami. 


 For baby 


1. Baju tidur/ harian (long sleeve, long pant, romper, jumper)*setel* 
2. Botties & mitten (5-6set)*baru beli 3set* 
3. Milk bottle (5oz)*next month baru beli* 
4. Kain lampin (1dozen) *setel* 
5. Diapers newborn *next month baru beli* 
6. Blanket with hooded *setel* 
7. Changing mat (tikar getah) *setel* 
8. Berus botol susu *next month* 
9. Baby wipes *setel* 
10. Baby towel *setel* 
11. Bath set *setel* 
12. minyak telon/ vicks *setel* 
13. bendung baby *mak masih simpan, so, reuse* 
14. Flask air *next month* 
15. Bantal, tilam, guling *mak yang buat* 




 Checklist untuk ke hospital 


1. Baju baby - 2,3 helai 
2. Mitte & botties - 2,3 pasang 
3. Kain lampin - 1 helai 
4. Pampers - 4,5 helai 
5. Selimut baby 
6. Sapu tangan 
7. Tapal baby 
8. Towel mak 
9. Stokin mak 
10. Kain batik 
11. T-shirt 
12. Bra + panties + tuala wanita

Thursday, June 14, 2012

Doaku Padamu

"Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah ia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada di perutku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan RasulMu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Amin..."





1 year, 1 month, 1 week, 1 day ago

Untuk seorang yang bergelar isteri, rasanya tentu semua para isteri merasakan detik diijabkabulkan adalah antara detik yang paling mendebarkan dalam hidup.  Begitu juga dengan aku.  Kerana di sinilah kehidupan panjang yang merubah segala ketentuan hidup telah bermula.

DATE OF LOVE
 07 Mei 2011
bersamaan
4 Jamadilakhir 1432H

Tanggal tarikh di atas, aku telah sah menjadi kepada
Awang Amirul Dzikri
dengan
SEKALI LAFAZ
jakkkk oi.  Kau haderrrr?.. hahaha *ingga*  biarpun otak gila2 tapi benda yang penting otomatik jadi xpert. Perghh! 

Sewaktu diijabkabulkan
Upacara membatalkan air wuduk
Selesai diijabkabul
OK.. dah boleh cium
Kami suami isteri =)
bff yang hadir

Pada keesokkan hari 08.05.2011 pulak berlangsung Majlis Resepsi kami yang bertempat di Dewan Hikmah, Kuching Sarawak.

Pintu Gerbang Cinta
Kedatangan Pengantin
Ahli Keluarga Pihak Perempuan
Ahli Keluarga Pihak Perempuan
Ahli Keluarga Pihak Lelaki
BFF forever =)
Kawan2..
Nak lagi rasa naik pelamin ke? =p *parent in law
Rakan sepejabat Mr. Hubby
Nie la pose nakal dari kami. ehehehe
Warkah Cinta Bertulis : Loving you is the best thing i ever did. A married couple is like a permanent marker.  Once you are with them you can never give them up OR let them fade away..

Nasi 'Embeng'

Semalam me n Mr. Hubby last minute plan nak keluar jenjalan d Parkson dengan niat nak repair tali jam.  Sebelum keluar En.Bapak pulak pesan hantar kain di rumah Mak Wa.  Baek la pak.  Dah otw nak ke sana tetiba lak En. Bapak call, soh ambik duit kt rumah Pak Anjang lak.  Nasib baik belum jauh jalan.

Dah singgah di rumah Pak Anjang lak, me n Mr. Hubby pg lak rumah Mak Wa.  Sampai je sana tengok diorang tengah syok-syok makan ramai-ramai.  Langkah Bendul Kanan laaa orang tua cakap.  Jadi kami pun diajak sekali makan.

Nie la nasik yang kami makan. Nasik bacaan dalam jawa pulak disebut Nasi 'Embeng' *macam pelik kan nama tu* ehehehehe. 



Sebelum nie pernah jugak makan, tp versi lain.  Yang nie gambar 1st time makan nasi bacaan kat rumah cousin biras saya.  Baru pernah jumpa. Time nie pregnant 8minggu. =)




Warkah Cinta Bertulis : takde jual kat kedai, jadi ktorang bedal la pepuas. ^__^

Tuesday, June 12, 2012

Being A Mom

Being a mom is the best experience that a woman has in her lifetime.  Giving birth to children, staring a family and raising your kids is a wholesome learning an satisfying experience.  Motherhood is something that everyone women waits to experience and live. 

10 more weeks to go.

Baby Bump =)

Feeling great and soooooo anxious and excited to meet our lil baby.  The baby been so active.  Being pregnant is such an AMAZING experience.


Saturday, June 9, 2012

30 Weeks

Hish, lama pulak tak update blog. 1taun lebih.Hahaha.
Diam tak diam, hari ni kandunganku genap 30 minggu dah masuk trimester terakhir.  Another 10 weeks to go. Hohoho.




Perkembangan Fetus - 30 Minggu

Sekarang ni cepat sangat rasa letih.  So far, alhamdulillah, baby pon aktif je kat dalam.  Asyik tendang sana sini, maklumla musim bola kot tengah main bola jugak kot kat dalam. Hehehe. Berat saya pun meningkat.  Tak kisahlah yang penting anak dalam kandungan ni sentiasa sihat dan saya sendiri pun sihat. 
Preparation untuk anak pertama nie, seawal kandungan 6 bulan dah beli pakaian-pakaian baby.  Time memilih tu suka pulak tengok baju baby girl.  Comel gituuu.  Tapi set bersalin jer belum beli. hikhik. dah order tunggu nak ambik jer lagi.  Takpe, next month boleh lagi. hihi


27weeks 4days


Warkah Cinta Bertulis : Tasabanyerrrr nak tunggu kelahiran anak pertama nih. ^__^