»

Wednesday, August 29, 2012

inikah dikatakan kontraksi?.. Part 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera. hampir 2minggu tak hapdate blog. biasa la kan busy dengan kehadiran orang baru ni dan sambutan hari raya yang tak berapa nak meriah tapi best sesangat. *ye la tu* 

16 Ogos 2012 lepas, aku didatangi sakit yang pelik. nak kata pelik tu tak la sangat, sebab dah rasa. sakit tu sama je macam senggugut tapi sakit dia lebih lagi. menarik-narik ke pinggang. bermula jam 9 pagi, time tu aku tengah chat dengan bff aku c Yon MWaillie. time tu aku cakap la kat dia tetiba jer aku rasa sakit semacam yang datang tanpa diundang. jadi, dia pun mengelabah la tak tentu pasal. aku cakap aku ok jer, sakit tu datang sekejap. dalam hati aku berkata-kata mungkin dah tiba masa kot. nak kena perhati sakit tu datang macam mana.

dahtu aku lepak la di ruang tamu, time tu rasa nak makan takde terus sebab masih sakit. aku bawa la tidur. mana tau sakit tu hilang. start pukul 1 tenghari jer aku rasa sakit lagi. dalam sejam ada la dalam 3-4 kali sakit. aku cakap kat mak aku, sakit macam orang senggugut tapi sakit lagi, sampai ke pinggang n takleh nk jalan sangat kalau sakit. mak aku pun cepat-cepat la masak air mana tau nak masuk hospital petang nanti

pukul 4, aku mesej hubby tanye dia kt mane,  time tu aku tak cakap aku sakit la, risau pulak nanti tak tentu pasal dia pecut balik rumah. dahla pakai motosikal. aku taknak pape jadi kat dia *sayang sangat* 
ok aku nak muntah. hahaha

pukul 4.30 hubby cakap dia otw nak balik, sebab time tu aku dah cakap kat dia aku sakit sangat takleh nak tahan. sampai jer hubby terus kita orang pecut ke hospital. siap bawak beg dan bekalan air panas lagi. tak lupa air selusuh yang dibuat oleh encik bapak. adik lelaki aku ikut skali mak suruh temankan. nanti senang sorang g teman aku naik atas, sorang lagi g carik parking.

sampai jer terus naik tingkat 4, LABOUR WARD ok! register punya register aku pun d periksa oleh doktor lelaki *OMG* ini la aku tak suka. tapi layankn aje. bersambung ke part 2..

Tuesday, August 14, 2012

Menghitung hari

Assalamualaikum 

bukak blog tengok kat ticker ada 2 hari lagi sampailah masa dan ketikanya baby dijangka lahir ke dunia ni. :) (insyaAllah) meaning to say usia kandungan aku dah mencecah 39minggu 5hari.

kedudukan bayi ketika 39minggu

Ehemmm!~
perkembangan hari ini? aku sihat-sihat jer. dah ada beberapa tanda, tapi masih lagi steady ni. berjalan-jalan sana sini di shopping mall dengan hubby, kemas-kemas rumah. memang tak boleh duduk diam laa. kalau hubby nak keluar, cepat jer mulut ni tanya nak g mana. dahtu nak ikut pulak. *mana boleh tinggal kan* =p 

mood minggu ni bahagia + sangat-sangat bersyukur, rezeki datang melimpah ruah umpama mutiara jatuh ke bumi *ok, ini tipu* syukur alhamdulillah atas berkat kesabaran menempuh pelbagai cabaran hidup hingga ke hari ini.

malam semalam niat hati keluar ikut hubby nak hantar pakcik ke Catfm, dahtu last minit plan pergi jugak kami berjalan-jalan d Satok. tengok-tengok barang. kemain lagi lama. tapi 1 jer barang yang kami bawak balik. hampehh. hahaha. hubby nak cari seluar untuk dia kerja. dah selesai shopping kami pun ke mcd. petang-petang lagi dah mesej ngan hubby cakap nak ice-cream coz tengok gambar kat blog budak nihh 
Mrs Airman Havit

tadaaa! sedap kann. sure terliur
hubby tak nak jadi kita pulun la ice cream tu sorang2. hikhiks. dahtu kami balik laaa. sekarang tepat jam 12pm. perut aku dah berkeroncong minta di isi. ok baby! ummi paham. jums makan. =p 
*xmalu betul, mentang xpuasa*


Monday, August 13, 2012

39weeks 4days

assalamualaikum and hyeeee sahabat-sahabat. *banyak la ko punya sahabat syakila. sah2 sorang jer yang baca blog kau* hahaha!

Baiklaaa. hari ni dah masuk minggu ke-39 dan 4 hari. aku masih lagi belum bersalin. sedap kot duduk dalam perut ummi dia ni. ehehe! gementar ada jugak rasa nye nih. maklumla kann, tak pernah berpengalaman sebegini sebelum ni.  kalau ikutkan hari mungkin hari ini last check up dengan KKIA sebab due date aku jumaat ni.  (insyaAllah, ummi doakan bby cepat la klua, sekarang pon boleh, ummi lagi suka) 
*mode : tasabar nak cium2 baby.

Check up tadi so far alhamdulillah nurse cakap semuanya ok, dah boleh bersalin dah.

URINE
GLUKOSE : -ve
ALBUMIN : -ve

nurse cakap air kencing bagus 
*yayy! kesan dari minum banyak air masak*

HB - 13 
(mula nya nurse check 16 *terperanjat aku* dahtu dia check lagi 13, haisss! bikin sakit dada itu nurse, nanti tak pasal-pasal kena refer ngan doktor)

BLOOD PRESSURE - 110/80
sangat bagus

KEDUDUKAN BAYI - CEPH (kepala di bawah)
JANTUNG BAYI - 135

masa dia tengah check jantung baby tuu, aku punya la nervous, mana tak nya, nurse tak jumpa-jumpa denyutan jantung. hampir 10minit gak la carik tak jumpa-jumpa, then dia dok tekan-tekan la perut aku, sampai aku mengaduh *sakit la tuh* pastu dia tanya la, baby aku hari ni ada gerak-gerak tak aku cakap la ada. time tunggu turn nk check dia gerak-gerak, siap bagi timbul-timbul kat tengah dada nih. nurse pun tukar la alat ultrasound tu dengan bilik sebelah pulak *aku dok sembang-sembang la ngan baby, ada laa baby buat tendang-tendang ckit* alhamdulillah lega hati aku.  Then nurse tu cakap alat tu dah takde bateri, cisssssssssssssssssssssssssssssssssssss!!  aku hampir nak putus nafas dah tadi. haiiiii. ada gak ek kes mcmni. 
-___________________________-"

k la tu saja luahan hati ini. semoga baby nak klua hari ini, esok or lusa.  Jangan bagi ummi overdue. tak nak induce la syg.

ya Allah permudahkan la proses bersalin aku nanti, ringankanlah sakitku, sesungguhnya Engkaulah penyembuh segala penyakit. aminnn


Wednesday, August 8, 2012

Tanda-tanda awal bersalin

Lagi 8hari lagi nak due date. Mungkin lagi awal, mungkin overdue. *Doktor dah pesan awal semalam, if 17 ogos belum deliver, tunggu 10hari then kalau belum jugak 27 ogos sila datang serah diri dengan pihak hospital* lagak doktor tu ala-ala polis la pulak. Aku ni umpama penjenayah yang tunggu masa nak kena hukum. Huwaaaaa!! *taknak induce*

Lepas ni mesti rindu dengan perut besar dan bulan ni.  Hubby cakap kalau rindu lepas pantang boleh la lagi. Alahhh. Yang ni pun belum keluar dah terfikir nak sorang lagi. Baek laa, anak itu rezeki, syakila sila berpijak di bumi yang nyata. Kalau pregnant lagi alhamdulillah, murah rezeki kami, tapi abah kena la tunggu yang sorang ni besar sikit. Kesian nanti tak cukup kasih sayang macam ummi dia ni. hikhiks!



ni gambar tengah preggy nak masuk 39 minggu

Semua orang tegur aku punya perut kecik, tak macam orang tunggu hari nak bsalin. Tak kesahla kawan-kawan, yang membawa nya aku, aku dan hubby lagi tau besar mana perut ku ini. *cehhhh!* kalau aku tengok perut sendiri, macam belum turun jer, tapi ramai yang cakap dah turun, siap main tekan lagi kat atas perut ni. Memang ada ruang. Baby dah turun la tu. Memang dah boleh bersalin dah. Kaki aku pun tak bengkak. Mungkin lain orang, lain pembawaan or tanda-tanda nak bersalin.

Bayi Turun Ke Bawah
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun ‘turun’ ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
  • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
  • sakit perut, memulas
  • kerap buang air besar
  • kerap terkentut
tanda yang pertama je tak rasa sangat . 4 tanda lagi tu je rasa . tambah-tambah kerap berak dengan kentut .

Keluar Lendir Pekat/Berdarah
Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu
dah rasa, 2hari yang lepas ada lendir turun. huhu

Rahim Mula Menipis.
Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.
yang ni belum lagi


Sakit Belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda. Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi. Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda. Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.
yang ni lately memangggg sakit.

Pecah Air Ketuban
Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.

Whatttt?.. 3KG

Assalamualaikum n hallo!~ 1st entry in August. Sorry lama tak menyempat nak update blog.  Bukan apa pun, ni semua sebab kes malas. Semakin membesar kandungan semakin la kuat rasa malas *macam hipotesis la pulak*

Kandungan hari ini berusia 38 minggu 6 hari. Meaning to say esok masuk 39 minggu. Semalam ada appointment di KKIA Jawa, scanning baby sama ada kepala dia dah turun bawah ke belum.  Syukur Alhamdulillah, kepala baby dah turun bawah. Dari segi pemerhatian sepanjang scanning nampak nya baby membesar dengan sihat. Alhamdulillah, suka pulak ummi tengok baby semalam.

At the same time masa nak scanning, aku pun mintak surat kat doktor, sebab planning nak ambik maternity leave dalam masa terdekat sebelum deliver.  *takde la kacau cuti rehat kan* ehehe. Doktor tu tegur la, kenapa lewat sangat nak ambik, dah dekat dah hari nak bersalin. Aku pun blur.  Pertanyaan doktor tu seolah-olah tiada jawapan. Dan akhir nya aku pun jawab, ingatkan tak nak cuti, tapi macam dah tak larat je nak duk office, walaupun takde la busy sangat.
*perasaan malas la nihh*

Masa scan pulak, doktor tunjuk muka, kaki, perut, tangan. Seronok gitu dapat tengok c kecil nih.  Last2 sekali doktor tunjuk dia punya muka. Takde la clear sangat tp boleh la nampak hidung dan mulut dia.

Dah selesai scanning aku pulak dok tanya kat doktor, macam mana doc?.. Kepala dekat mana? Dekat bawah dah. Dalam hati Alhamdulillah.  Then doktor cakap berat baby 3kg ye. Aku kemain tperanjat. *biar betul* Terus besarkan mata kat doktor tu. Aku pun tanya la lagi, 'tapi tu estimated jer kan?.. kalau keluar pun belum tentu 3kg kan?' doktor cakap 'aa'aah, estimated jer tu.' aku pun lega la. Tapi takde la lega sangat sebab asyik terfikir la. Kalau betul mcm mana? kalau tak? Urmm.. takpe la anak ummi. kira berat normal la tuh. Nanti keluar comel jer kan, pipi bambam gitu.

Balik rumah petang tu, pergi la story mory kat mak, dia cakap aku ni pantang tengok makanan, asyik nak makan jer, tu la baby besar. Sob..sob..sob.. Time iftar pulak aku control la tak nak makan nasi, just amik sayur-sayuran.  Dahtu tengah malam mengadu lapar kat hubby. *padan muka sendiri* akhirnya tidur dalam keadaan lapar. Risau pulak baby kat dalam.  Sahur pun ala kadar jer.  Jangan tak makan terus sudah laa. c u in next entry! *tu pun kalau rajin update* hihihi