»

Wednesday, August 8, 2012

Tanda-tanda awal bersalin

Lagi 8hari lagi nak due date. Mungkin lagi awal, mungkin overdue. *Doktor dah pesan awal semalam, if 17 ogos belum deliver, tunggu 10hari then kalau belum jugak 27 ogos sila datang serah diri dengan pihak hospital* lagak doktor tu ala-ala polis la pulak. Aku ni umpama penjenayah yang tunggu masa nak kena hukum. Huwaaaaa!! *taknak induce*

Lepas ni mesti rindu dengan perut besar dan bulan ni.  Hubby cakap kalau rindu lepas pantang boleh la lagi. Alahhh. Yang ni pun belum keluar dah terfikir nak sorang lagi. Baek laa, anak itu rezeki, syakila sila berpijak di bumi yang nyata. Kalau pregnant lagi alhamdulillah, murah rezeki kami, tapi abah kena la tunggu yang sorang ni besar sikit. Kesian nanti tak cukup kasih sayang macam ummi dia ni. hikhiks!



ni gambar tengah preggy nak masuk 39 minggu

Semua orang tegur aku punya perut kecik, tak macam orang tunggu hari nak bsalin. Tak kesahla kawan-kawan, yang membawa nya aku, aku dan hubby lagi tau besar mana perut ku ini. *cehhhh!* kalau aku tengok perut sendiri, macam belum turun jer, tapi ramai yang cakap dah turun, siap main tekan lagi kat atas perut ni. Memang ada ruang. Baby dah turun la tu. Memang dah boleh bersalin dah. Kaki aku pun tak bengkak. Mungkin lain orang, lain pembawaan or tanda-tanda nak bersalin.

Bayi Turun Ke Bawah
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun ‘turun’ ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
  • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
  • sakit perut, memulas
  • kerap buang air besar
  • kerap terkentut
tanda yang pertama je tak rasa sangat . 4 tanda lagi tu je rasa . tambah-tambah kerap berak dengan kentut .

Keluar Lendir Pekat/Berdarah
Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu
dah rasa, 2hari yang lepas ada lendir turun. huhu

Rahim Mula Menipis.
Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.
yang ni belum lagi


Sakit Belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda. Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi. Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda. Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.
yang ni lately memangggg sakit.

Pecah Air Ketuban
Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.

2 comments:

mRs.aiRmaN haViT

howt mama gitu..tantek ktk..makin nak beranak makin howtt..

DziSya

ekekeke. tgk la lekak branak howt ka x upe nyerrr.

Post a Comment