»

Wednesday, August 29, 2012

inikah dikatakan kontraksi?.. Part 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera. hampir 2minggu tak hapdate blog. biasa la kan busy dengan kehadiran orang baru ni dan sambutan hari raya yang tak berapa nak meriah tapi best sesangat. *ye la tu* 

16 Ogos 2012 lepas, aku didatangi sakit yang pelik. nak kata pelik tu tak la sangat, sebab dah rasa. sakit tu sama je macam senggugut tapi sakit dia lebih lagi. menarik-narik ke pinggang. bermula jam 9 pagi, time tu aku tengah chat dengan bff aku c Yon MWaillie. time tu aku cakap la kat dia tetiba jer aku rasa sakit semacam yang datang tanpa diundang. jadi, dia pun mengelabah la tak tentu pasal. aku cakap aku ok jer, sakit tu datang sekejap. dalam hati aku berkata-kata mungkin dah tiba masa kot. nak kena perhati sakit tu datang macam mana.

dahtu aku lepak la di ruang tamu, time tu rasa nak makan takde terus sebab masih sakit. aku bawa la tidur. mana tau sakit tu hilang. start pukul 1 tenghari jer aku rasa sakit lagi. dalam sejam ada la dalam 3-4 kali sakit. aku cakap kat mak aku, sakit macam orang senggugut tapi sakit lagi, sampai ke pinggang n takleh nk jalan sangat kalau sakit. mak aku pun cepat-cepat la masak air mana tau nak masuk hospital petang nanti

pukul 4, aku mesej hubby tanye dia kt mane,  time tu aku tak cakap aku sakit la, risau pulak nanti tak tentu pasal dia pecut balik rumah. dahla pakai motosikal. aku taknak pape jadi kat dia *sayang sangat* 
ok aku nak muntah. hahaha

pukul 4.30 hubby cakap dia otw nak balik, sebab time tu aku dah cakap kat dia aku sakit sangat takleh nak tahan. sampai jer hubby terus kita orang pecut ke hospital. siap bawak beg dan bekalan air panas lagi. tak lupa air selusuh yang dibuat oleh encik bapak. adik lelaki aku ikut skali mak suruh temankan. nanti senang sorang g teman aku naik atas, sorang lagi g carik parking.

sampai jer terus naik tingkat 4, LABOUR WARD ok! register punya register aku pun d periksa oleh doktor lelaki *OMG* ini la aku tak suka. tapi layankn aje. bersambung ke part 2..

0 comments:

Post a Comment