»

Monday, August 13, 2012

39weeks 4days

assalamualaikum and hyeeee sahabat-sahabat. *banyak la ko punya sahabat syakila. sah2 sorang jer yang baca blog kau* hahaha!

Baiklaaa. hari ni dah masuk minggu ke-39 dan 4 hari. aku masih lagi belum bersalin. sedap kot duduk dalam perut ummi dia ni. ehehe! gementar ada jugak rasa nye nih. maklumla kann, tak pernah berpengalaman sebegini sebelum ni.  kalau ikutkan hari mungkin hari ini last check up dengan KKIA sebab due date aku jumaat ni.  (insyaAllah, ummi doakan bby cepat la klua, sekarang pon boleh, ummi lagi suka) 
*mode : tasabar nak cium2 baby.

Check up tadi so far alhamdulillah nurse cakap semuanya ok, dah boleh bersalin dah.

URINE
GLUKOSE : -ve
ALBUMIN : -ve

nurse cakap air kencing bagus 
*yayy! kesan dari minum banyak air masak*

HB - 13 
(mula nya nurse check 16 *terperanjat aku* dahtu dia check lagi 13, haisss! bikin sakit dada itu nurse, nanti tak pasal-pasal kena refer ngan doktor)

BLOOD PRESSURE - 110/80
sangat bagus

KEDUDUKAN BAYI - CEPH (kepala di bawah)
JANTUNG BAYI - 135

masa dia tengah check jantung baby tuu, aku punya la nervous, mana tak nya, nurse tak jumpa-jumpa denyutan jantung. hampir 10minit gak la carik tak jumpa-jumpa, then dia dok tekan-tekan la perut aku, sampai aku mengaduh *sakit la tuh* pastu dia tanya la, baby aku hari ni ada gerak-gerak tak aku cakap la ada. time tunggu turn nk check dia gerak-gerak, siap bagi timbul-timbul kat tengah dada nih. nurse pun tukar la alat ultrasound tu dengan bilik sebelah pulak *aku dok sembang-sembang la ngan baby, ada laa baby buat tendang-tendang ckit* alhamdulillah lega hati aku.  Then nurse tu cakap alat tu dah takde bateri, cisssssssssssssssssssssssssssssssssssss!!  aku hampir nak putus nafas dah tadi. haiiiii. ada gak ek kes mcmni. 
-___________________________-"

k la tu saja luahan hati ini. semoga baby nak klua hari ini, esok or lusa.  Jangan bagi ummi overdue. tak nak induce la syg.

ya Allah permudahkan la proses bersalin aku nanti, ringankanlah sakitku, sesungguhnya Engkaulah penyembuh segala penyakit. aminnn


0 comments:

Post a Comment