»

Thursday, July 5, 2012

Check up 33weeks

Selasa, 3 Julai 2012 aku ada appointment di KKIA Gita.  Turun jam 0750am, sampai klinik pulak pukul 0800am.  Tengok-tengok penuh dah kerusi dalam klinik tu.  Then ternampak satu kerusi kosong terus aku sambar.  Dalam hati berkata-kata kalau dah ramai macam nie pukul berapa pulak nak datang office nanti, dah la Kak Kevin pun takde. hurmm. tawakal je laa. Dalam 10minit menunggu no. aku pulak yang dipanggil. Amboiiii! cepat nyerrrr!

Selalunyer sebelum masuk buat pemeriksaan dengan nurse, kena buang air kencing dalam botol. Aku dah ready siap-siap bawak dari rumah. Senang, kalau nak kencing kat klinik pulak lambat, dhtu toilet satu-satu tu je yang ada. hurmmm! borenggg!


Ujian + Pemeriksaan

ALB (Protein yang terdapat dalam air kencing): Neg
Kandungan Gula dalam badan : Neg
HB : *nurse cakap last 2weeks dh check so taperlu. (12.0gm)
Berat Badan ; 49.5kg *nurse bebel sebab naik 500g jer* (dalam hati naik jugak tu kan, bkn trn pon)
Tekanan darah : 110/60 *nurse cakap ok*
Edema (kembang kaki) : NIL
Tinggi rahim : 32cm
Kedudukan Presentasi : Ceph *normal, kepala bayi di bawah*
Jantung bayi : 147/min
Gerakan bayi : Aktif
 
 
Alhamdulillah, so far semua nya ok =) Mintak2 ok sampai deliver nanti. Aminnnn

Rezeki di Pagi Isnin

Isnin, jam 12.30 malam. Bola punya pasal laa, i have to set up alarm clock just to wake him up. Cehhh *skiping pulek dah* Aku ada la dengar bunyi alarm tu, tapi aku tak perasan pulak time dia siap-siap nak turun g ambik kawan die.  Dahtu die bangunkan aku die cakap die nak turun then salam cium dahi. ekekek! romantik gitu kann. hahaha. Aku sambung la tidur balik.

Then pagi tu pulak, pukul 5 my hubby sampai rumah.  Aku ada terdengar la, bunyi plastik. Aku malas nak angkat biar la. *sambung tidur sikit lagi* tak lame pastu aku bangun laa. Nak g mandi siap2 nak turun kerja. then aku perasan la ada benda asing dalam bilik. 
Aku tanya la hubby aku, *kacau die tidur jap* rupa nya kawan die yang dari Miri tu bagi.  Aisehh, anak belum keluar lagi dah bagi present. btw,

Thanks to Uncle Sudey and Aunty Gee for the gift. =)


Menyetimbot =p

Pada hari ahad yang lepas, kami plan nak buat steamboat.  Ingatkan buat waktu tengahari rupa-rupa nya petang. hikhik. Mak cakap tunggu suami kau balik kerja la. Betul jugak kan, takkan tak bawak laki aku sekali. hahaha! Petang tu kami prepare la ape yang patut. Marinate bahan-bahan yang ada. Ni lah antara bahan-bahan yang menjadi pilihan kami.




Kepah putih.
Rendam dengan air je, sebab baru datang dari laut.
Air laut kan masin jadi takyah susah2 nk bazirkan garam. hehehe




Sotong
Dah dibersihkan buang die punya dakwat hitam + tulang belakang
Perap dengan minyak bijan + garam



Udang yang belum kopek kulit (fresh gitu)
Letak minyak bijan + garam


Yang ni dah kopek kulit


Ayam



Ikan


Kami hanya perapkan semua bahan-bahan tersebut menggunakan minyak bijan dan garam.  Bila cium aroma minyak bijan aku terus lapa. Aiyoooo!~ Lapar giler nak tunggu.  Sementara tunggu bahan-bahan di perap, mak buat sea cucumber soap mengunakan ini


Sup ketam & Su'un!~ makanan dulo kala. heheh!



Sambal Kicap cecah


After 7, saat yang dinanti-nanti telah tiba! we are starting to steamboat. Yihaaaa!~ hahaha.



Periuk steamboat yang merah lagi menawan


Malas la aku nak rotate. hahaha

Really enjoy our dinner.  Tambahan pulak hubby kata layan lagi makan steamboat di rumah bbanding di luar. Haaaaa!~ kan dah cakap. hihihi.



Monday, July 2, 2012

Aktiviti di minggu terakhir bulan Jun

Terabai la blog nih seminggu. hehe! makin besar perut makin malas nak update. nie tengah nak update la ni. hehehe!!

Isnin lepas 25 Jun 2012, saya ada appointment scanning ngan doktor di Klinik Kerajaan. Nak tengok sama ada baby dan uri dalam keadaan yang betul ke tak.  Seawal jam 0730 dah berada di klinik. Takde la lama sangat nak tunggu sebab dapat no.5. ehehehe. Dalam hati time tu berdebar la jugak. Risau lak ada pape.  So far, alhamdulillah, doktor kata semua nya ok.  Ummi and baby sihat walafiat. Alhamdulillah.  Tengah2 doktor dok scan baby, suddenly doktor said 'ada telur'.  Dats mean our baby isssssssssss??!! 




Saya bagaikan tak percaya. (aisehhh, gempak la word kau syakila) hahaha!! coz naluri hati seorang ibu tak menipu.  Memang tepat sangkaan saya selama ini (hurmm, baik laa ayt tablehblah) then pstu kami g la breakfast d Kopi O Corner. Pastu balik rumah.

Selasa, 26 Jun 2012, dah start turun kerja.  Mode malas giler time tuh. Nak tak nak terpaksa jugak. Malam lak plan tak keluar ke mana-mana.  Sekali hubby cakap dia nak minum Milkshake.  Usually kami slalu beli dari kawan dia. Umar, tapi kedai tutup sebab moto takde knk pinjam pencuri tu la kedai tak bukak. Gila punya pencuri, tapi takpe, makin btambah la rezeki dia pasni. Aminnnn.

Jadi kami pun ke Pullman, sebab si Umar cakap kat situ ada gak Milkshake sedap. Carik punya carik takde pulak. Dahtu kami pun ke mcd, ingatkan nak beli Mcflurry horlick, rupa nya dah abis tempoh penjualan. Then hubby pun ajak la balik. Saya cadangkan pergi Secret Recipe. Kat sane pun ada gak milkshake. hubby pun setuju. dalam hati gembira sebab dapat makan kek cheese. hehehe

nie la aksi-aksi yang sempat disnap.

menanti order

Sherperd Pie

White Chocolate Macademia

Dapnyerrrr!~

dalam jam 10 kami pun berangkat pulang.  dalam perjalanan balik pulak ternampak pasangan yang dh berusia. tengok tuu!~ romantik kann. best nyerrrr. hopefully kite pun jadi cmtu jugak ek. Aminnnnn.


Cukup sampai di sini jer cita untuk minggu lepas. Malas dah nak menaip lagi. Im soooooooo damn sleepy.  Nak cakap tidur lewat tak pulak.  Mungkin letih kot. Tak cukup rehat bak kate nurse pagi tadi. K la tata!~