»

Thursday, July 5, 2012

Check up 33weeks

Selasa, 3 Julai 2012 aku ada appointment di KKIA Gita.  Turun jam 0750am, sampai klinik pulak pukul 0800am.  Tengok-tengok penuh dah kerusi dalam klinik tu.  Then ternampak satu kerusi kosong terus aku sambar.  Dalam hati berkata-kata kalau dah ramai macam nie pukul berapa pulak nak datang office nanti, dah la Kak Kevin pun takde. hurmm. tawakal je laa. Dalam 10minit menunggu no. aku pulak yang dipanggil. Amboiiii! cepat nyerrrr!

Selalunyer sebelum masuk buat pemeriksaan dengan nurse, kena buang air kencing dalam botol. Aku dah ready siap-siap bawak dari rumah. Senang, kalau nak kencing kat klinik pulak lambat, dhtu toilet satu-satu tu je yang ada. hurmmm! borenggg!


Ujian + Pemeriksaan

ALB (Protein yang terdapat dalam air kencing): Neg
Kandungan Gula dalam badan : Neg
HB : *nurse cakap last 2weeks dh check so taperlu. (12.0gm)
Berat Badan ; 49.5kg *nurse bebel sebab naik 500g jer* (dalam hati naik jugak tu kan, bkn trn pon)
Tekanan darah : 110/60 *nurse cakap ok*
Edema (kembang kaki) : NIL
Tinggi rahim : 32cm
Kedudukan Presentasi : Ceph *normal, kepala bayi di bawah*
Jantung bayi : 147/min
Gerakan bayi : Aktif
 
 
Alhamdulillah, so far semua nya ok =) Mintak2 ok sampai deliver nanti. Aminnnn

0 comments:

Post a Comment